LOGO


Berikut adalah butiran mengenai logo sekolah Sk St Elizabeth Tijirak
  • Palang
Palang (cross) melambangkan Sk St Elizabeth Tijirak telah dimulakan oleh pihak mubaligh Kristian yang merupakan istitusi penyebaran agama Kristian pada masa silam iaitu kira-kira 30 tahun yang lalu

  • Gunung
Gunung melambangkan cabaran dan rintangan yang sentiasa dihadapi oleh murid-murid kebetulan juga Sk St Elizabeth Tijirak terletak di kaki Gunung bernama Gunung Siburan yang juga melambangkan kemegahan orang Siburan. (bercita -cita tinggi )

  • Buku
Buku melambangkan ilmu pengetahuan yang sentiasa bersinar dituntut oleh murid-murid.

  • Bintang
Bintang melambangkan cahaya yang sentiasa bersinar ke arah jalan menuju ilmu pengetahuan.

  • Tangkai Padi
Tangkai padi melambangkan penduduk sekolah (enrolmen)

  • Bulatan
Bulatan melambangkan negara kita Malaysia. Sk St Elizabeth Tijirak adalah salah sebuah sekolah yang terdapat di Malaysia.

  • Warna
a) Merah
Merah melambangkan keberanian murid-murid menghadapi cabaran atau masalah terutamanya apabila menuntut ilmu pengetahuan.

b) kuning
Kuning melambangkan kesetiaan murid kepada Raja dan Negara.

c)Putih
Putih melambangkan kesucian. Murid-murid seharusnya berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing.

d) Biru
Latar belakang yang biru melambangkan murid-murid yang berdisiplin. Murid-murid yang berdisiplin boleh mewujudkan suasana yang aman dan makmur di sekolah.

e) Hijau
hijau melambangkan progres atau kemajuan yang harus dicapai oleh murid-murid.